ANALISIS PRINSIP ORGANISASI DALAM REKA BENTUK KURIKULUM STANDARDS KEBANGSAAN DARI DIMENSI VERTIKAL DAN DIMENSI HORIZONTAL
PENGENALAN
DIMENSI VERTIKAL
Dimensi vertikal adalah dimensi yang menggambarkan hubungan berkaitan dengan peraturan pengalaman belajar dalam bidang yang sama, dan dikaitkan dengan pertimbangan urutan waktu dalam satu kelas ke kelas berikutnya dan dalam satu tingkat ke tingkat berikutnya. Prinsip penyusunan kandungan yang digunakan adalah kesinambungan dan prinsip ketertiban.
Kesinambungan bermaksud pemeringkatan ilmu, kemahiran dan nilai yang harus dikuasai oleh murid-murid seiring dengan pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental mereka. Kesinambungan yang lancar dimulai dengan peringkat paling asas sehingga membolehkan pelajar mengaplikasikannya untuk meneroka pada tahap lebih tinggi. Contohnya, keselarasan dan kesepaduan. Oleh itu, objektif penting yang berguna untuk peningkatan pembelajaran pelajar perlulah didedahkan secara menyeluruh supaya mereka dapat menerokai ilmu dengan lebih mendalam.
Seterusnya , prinsip ketertiban yang bermaksud jumlah timbun-tambah ilmu, kemahiran dan nilai yang dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentas waktu. Prinsip ini menyarankan supaya pembelajaran dilaksanakan secara berterusan dan berurutan yang berdasarkan pengalaman lalu supaya pelajar dapat mempelajari sesuatu ilmu dengan lebih luas.
DIMENSI HORIZONTAL
Dimensi horizontal bermaksud kandungan pembelajaran untuk satu subjek sealiran dengan satu subjek yang lain dari segi konten dan penilaian. Seterusnya, hasil yang diperolehi akan dikumpulkan kepada satu tema dan topik, iaitu dengan menentukan skop kandungan kurikulum secara mendatar ataupun sealiran. Dimensi horizontal juga difahami sebagai susunan isi kandungan daripada pelbagai mata pelajaran yang sama untuk menjadi satu mata pelajaran yang baru. Prinsip penyusunan kandungan yang terdapat dalam dimensi horizontal adalah prinsip litupan, prinsip imbangan, dan integrasi.
Prinsip skop adalah prinsip yang berkaitan dengan keluasan dan kedalaman kandungan yang perlu dimuatkan dalam sesuatu kurikulum dan pengajaran. Keluasan dan kedalaman kandungan berkait dengan tahap pendidikan yang membolehkan setiap murid menguasai kandungan ilmu dengan mengikut tahap pendidikan dan kognitif. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah perkara penting dalam mata pelajaran, kesediaan murid dan pengalaman murid.
Seterusnya, prinsip imbangan di mana prinsip ini membawa maksud kepada kandungan yang merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dan kesesuaian kandungan dengan masa pembelajaran yang diperuntukkan kepada murid untuk dikuasai. Prinsip ini juga dapat membantu dalam menyesuaikan konsep yang berkaitan dengan mata pelajaran dan disiplin.
PRINSIP | KETERANGAN |
Kesinambungan | · Principle of continuity bermaksud pemeringkatan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid-murid sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental seiring dengan peningkatan usia mereka. · Suatu kurikulum yang sempurna mempunyai kesinambungan yang lancar dengan dimulai peringkat paling asas dan seterusnya membolehkan pelajar mengaplikasikan untuk meneroka pada tahap yang lebih tinggi. · Objektif atau kandungan yang penting hendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagai kaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh. |
Urutan | · Principle of sequence bermaksud jumlah timbun-tambah ilmu, kemahiran dan nilai yang dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentas waktu. · Prinsip ini menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan bertuturan dengan berdasarkan pengalaman lalu supaya setiap pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih dekat, meluas dan mendalam. |
Integrasi | · Principle of Integration menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh. · Integrasi dikaitkan dengan elemen merentas kurikulum : Bahasa, Ilmu, Kemahiran, Nilai, Teknologi, Inovasi, Kreatif dan Keusahawanan. |
Skop | · Prinsip skop berkaitan dengan keluasan dan kedalaman kandungan yang perlu dimuatkan dalam sesuatu kurikulum dan pengajaran. Keluasan dan kedalaman kandungan ini berkaitan dengan tahap Pendidikan yang membolehkan setiap murid menguasai kandungan mengikut tahap-tahap Pendidikan dan Kognitif. |
Imbangan | · Prinsip imbangan kandungan merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dan kesesuaian kandungan dengan masa pembelajaran yang diperuntukkan kepada murid-murid untuk menguasainya. |
Comments
Post a Comment