REKA BENTUK KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PENTERJEMAHANNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Pengenalan
Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.
Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan.
Definisi Kurikulum
Kurikulum merupakan suatu sistem rencana dan pengaturan pembelajaran ilmu pengetahuan yang bertulis dan didokumenkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (pdp) dan merupakan satu reka bentuk ataupun perancangan sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Selain itu, kurikulum juga mengandungi isi kandungan dan proses formal dan tidak formal yang dimana pelajar akan memperoleh ilmu dan kefahaman dalam mengembangkan kmahiran serta mengubah sikap serta menghargai dan mempelajari nilai-nilai murni di sekolah.
Definisi Penterjemahan
Penterjemahan atau alih bahasa ialah perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitnya semula dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana ia membolehkan masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada budaya asing.
Definisi Kurikulum Kebangsaan
· Suatu program penyelidikan yang termasuk kurikulum dan kokurikulum
· Merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, unsur dan kebudayaan.
· Diseragamkan dan ditakdirkan urus secara "top down" kerana bidang Pendidikan formal di Malaysia terletak dibawah kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
· Dikenali sebagai kokurikulum ideali yang telah sempurna dibentuk oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) atau kurikulum rasmi setelah diterima untuk dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah di Malaysia.
👉 Garis panduan dan penentu sempadan ilmu
👉 Penyampaian maklumat ikut peringkat
👉 Releven dan sesuai dengan kehendak semasa
👉 Membina modal insan abad ke-21
👉 Melahirkan insan seimbang J.E.R.I.S
👉 Kurikulum yang sama - ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu
👉 Melahirkan insan yang sayang dan cintakan negara
RekaBentuk Kurikulum Kebangsaan
Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi.
- Sebagai satu pelan/rancangan untuk tindakan satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang diingini.
- Kurikulum yang direka haruslah mempunyai pelan dan struktur yang jelas dan didokumenkan supaya tidak berlakunya kekeliruan ketika melakukan kurikulum tersebut.
- Kurikulum kebangsaan yang direka ini adalah bersifat eklektik iaitu menggabungkan 3 orientasi reka bentuk iaitu:
![]() |
Rajah 1: RekaBentuk Kurikulum Kebangsaan |
Menurut Akta Pendidikan 1996, kurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma,nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam danmempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Penterjemahan Kurikulum Kebangsaan Penterjemahan kurikulum kebangsaan mengandungi proses yang melibatkan empat komponen yang saling berhubung iaitu: i) Asas pertimbangan pembinaan kurikulum
ii) Peringkat Pelaksanaan Kurikulum
iii) Amalan Kurikulum Bilik Darjah
iv) Hasil Pelaksaanaan Kurikulum
|
.jpeg)
Comments
Post a Comment