APLIKASI MODEL KURIKULUM TYLER KE ARAH MEMBINA PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN MURID-MURID



 

Dalam bukunya yang berjudul Basic Principles of Curriculum and Instruction, Tyler merumuskan empat pertanyaan sentral yang meminta jawaban secara rasional bagi perencanaan kurikulum ialah :

   1)Apa tujuan yang pendidikan yang hendak dicapai?

   2)Apa pengalaman-pengalaman pendidikan yang dapat disediakan untuk mencapai tujuan-tujuan tersebut?

   3)Bagaimana pengalaman pembelajaran dapat diolah secara berkesan?

   4)Bagaimana dapat dipastikan tujuan pendidikan telah tercapai?


Terdapat empat unsur utama Pembentukan Model Tyler  :-


1. Objektif 

- Matlamat yang hendak dicapai oleh guru terhadap pelajarnya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru akan menetapkan matlamat dan objektif yang diperoleh di akhir sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan.

Aplikasi yang dapat dilihat melalui Dokumen Standard Prestasi dan dokumen Standard Kurikulum yang mengambil kira penglibatan pelajar (audience), peringkat boleh diukur (behavior), keadaan (condition) dan tingkat prestasi pelajar (degree).


2. Kandungan

Perancang kurikulum harus mengambilkira aspek pengalaman sedia ada pelajar dan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan, penyusunan bahan kurikulum harus disusun mengikut unit-unit pembelajaran dari aras mudah ke aras yang lebih kompleks. Ini bagi menghasilkan penerimaan pengajaran yang seoptimanya daripada seseorang pendidikan

- Terdapat 3 utama yang perlu dijadikan dasar :-
A) Prinsip kesinambungan
B) Prinsip keteriban
C) Prinsip kesepaduan


3. Kaedah

- Kaedah dalam model Tyler berfokus kepada pemilihan set-set dan kaedah pengajaran yang dipilih oleh seseorang guru. Ini kerana pemilihan kaedah pengajaran merupakan suatu yang sangat penting kerana pemilihan kaedah yang bersesuaian dengan isi kandungan yang disampaikan akan membawa kesan terbaik kepada pembelajaran pelajar.

- Kita dapat lihat dengan pemilihan buku-buku rujukan yang sesuai di samping pemilihan minat dapat membantu mengajar yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan memberikan impak yang terbaik.


4. Penilaian

- Aras keempat dalam Model Tyler ialah penilaian. Untuk melihat kesan ketercapaian objektif dan matlamat kurikulum sama ada berjaya atau sebaliknya, maka penilaian akan dilakukan. Penilaian ini boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah dan peringkat bagi mendapatkan pembuktian keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah ditetapkan.

- Penilaian yang biasanya dilakukan ialah penilaian secara formatif atau sumatif. Penilaian formatif merupakan penilaian secara berterusan yang dilakukan selepas selesai sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran manakala penilaian sumatif ialah penilaian penilaian akhir tahun seperti peperiksaan akhir tahun dan peperiksaan umum seperti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia. (SPM).

Persoalan di atas merangkumi empat komponan yang penting iaitu objektif, kandungan, kaedah dan penilaian. Menurut Tyler, tujuan atau objektif diperoleh daripada pelajar, masyarakat dan mata pelajaran yang diajar. Objektif umum ini seterusnya dihalusi dan ditapis iaitu melalui falsafah sekolah dan psikologi sekolah. Model Kurikulum Tyler merupakan Kurikulum yang terawal yang digunakan dalam perkembangan Kurikulum di Malaysia. Model Kurikulum Tyler sangat berbeza dengan model yang lain iaitu Model Objektif Taba dengan Model Proses Stenhouse.


Pengalaman Pembelajaran

i. Pengertian

  • Pengalaman pembelajaran adalah interaksi antara murid-murid dan keadaan persekitaran mereka. Pengalaman pembelajaran boleh diberikan melalui keterlibatan pendengaran, penglihatan, perbuatan, kombinasi pendengaran dan penglihatan, penglibatan dan perbuatan. Pengalaman tersebut berbentuk konkrit dan mudah difahami oleh murid dalam pembelajaran.

ii. Ciri-ciri

  • Setiap pengalaman belajar harus memuaskan pelajar.
  • Kesinambungan: pengulangan menegak dari segi unsur-unsur penting kurikulum.
  • Urutan: kaitan dengan kesimpulan. la menekankan betapa pentingnya pembinaan pengalaman yang baru berasaskan pengalaman yang lalu dan mendalami perkara-perkara yang dikaji serta mempengaruhi setiap tahap pengalaman pembelajaran.
  • Integrasi: perkembangan mendatar pengalaman kurikulum yang menyentuh untuk menolong murid supaya mendapat satu pandangan yang bersepadu secara beransur dan menentukan bahawa tingkah laku itu sejajar dengan perkara yang dikaji.
  • Pengalaman pelajar harus sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai. Setiap tujuan akan menentukan pengalaman pembelajaran.
  • Setiap rancangan pengalaman pembelajaran sebaiknya melibatkan pelajar agar dalam satu pengalaman dapat mencapai tujuan yang berbeza.

iii. Pelaksanaan

  • Menentukan isi kandungan bagi mencapai tujuan kurikulum berdasarkan pengalaman yang telah dimiliki oleh pelajar.
  • Bahan yang dipelajari disusun pada unit-unit yang dapat digambarkan.
  • Urutan pembelajaran dapat memudahkan terhadap penilaian pembelajaran.
  • Penyusunan pengalaman pembelajaran adalah secara dimensi menegak dan dimensi mendatar.

Kesimpulan, Model Kurikulum Tyler banyak digunakan dalam perkembangan pendidikan di Malaysia bagi membina pengalaman pembelajaran dalam kalangan murid-murid. Dengan itu, murid-murid dapat mengolahkan pengalaman pembelajaran yang dihadapi sebagai satu cabaran yang dapat dihadapi.

Comments

Popular posts from this blog