ANALISIS REKA BENTUK KURIKULUM, POLA KURIKULUM DAN ORIENTASI KURIKULUM YANG DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN Pengertian Reka Bentuk Kurikulum Kurikulum adalah teras kepada pembentukan generasi baharu sesebuah negara. Kejayaan dan kemajuan sesebuah negara tersebut diukur dengan tahap pencapaian dan pemikiran generasi muda mereka. Oleh itu, kurikulum yang mendorong pelajar bersifat aktif dalam menceburi pelbagai bidang serta berpikiran kreatif dan kritis perlu dirangka sesebuah kerajaan demi melahirkan generasi pemimpin. Menurut Ralph Tyler (1949) Reka bentuk Kurikulum didefinisaikan sebagai suatu prosedur alternatif dalam merangka, menerapkan dan menilai suatu kurikulum. Reka bentuk kurikulum di Malaysia diasaskan berdasarkan empat orientasi dan empat pola interaksi di mana empat orientasi tersebut adalah meliputi akademik, elektik, pelajar dan komuniti manakala pola interaksi melibatkan elemen perencanaan, misi, tindakan dan hasi...
Comments
Post a Comment